3 Cara Mengetahui Miss V Longgar dan Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Testimonial Mitos2 Sebab2 Cara Ketahui Wasap Admin

Cara mengetahui miss v longgar adalah dibawah jika anda berminat. Anda sedang menjalani aktiviti harian yang normal, tiba-tiba anda terfikir sejenak tentang waktu malam semalam bersama pasangan anda di kamar tidur. Mengapakah anda tidak lagi dapat mencapai kepuasan setelah selesai aktiviti bersama pasangan sejak kebelakangan ini? Apakah yang mungkin menjadi penyebab masalah ini? Penulis berpendapat bahawa sesuatu telah terjadi di bahagian miss v anda iaitu kelonggaran otot faraj!

testimonies pk24

Macam mana nak tahu tentang tanda-tanda miss v longgar? Dalam artikel ini, penulis akan membuat huraian cara-cara mengetahui miss v longgar untuk anda supaya anda dapat meningkatkan keyakinan, keselesaan diri dan kualiti hubungan intim anda bersama pasangan. Selain cara-cara mengetahui miss v longgar, penulis juga akan merungkaikan beberapa mitos tentang kelonggaran faraj ini dan sedikit sejarah tentangnya.

Kami dah sediakan informasi yang lengkap untuk anda. Tanda miss v ketat, ketatkan faraj, cara untuk ketatkan miss v, cara tegangkan bibir miss v, serta kebaikan manjakani dan kacip fatimah.

Tengok testimonial yg mana pelanggan kita yg berpuas-hati dgn produk kita.

Wasap Hana Beli Skrg

Mitos-mitos kelonggaran miss v

Terlalu banyak kalinya kita mendengar tentang kelonggaran miss v ini disebabkan oleh kekerapan melakukan hubungan seksual. Sedihnya, stereotaip ini sudah bermula sejak berabad lalu dan asalnya untuk memalukan para wanita. Cara ini adalah untuk mengawal seorang wanita sebagai aset dan objek yang hidup dalam dunia patriaki ini.

Malangnya lagi, bagi mereka terutamanya lelaki dalam masyarakat kuno itu, kelonggaran miss v ini tidak hanya disebabkan oleh kekerapan melakukan hubungan intim bersama pasangan, tetapi mereka menuduh bahawa kelonggaran ini berlaku kerana wanita-wanita tersebut berhubungan intim bersama ramai lelaki.

Sungguh tidak adil bagi individu bernama wanita kerana tubuh badan mereka itu seperti bukan mereka yang punya serta seolah-olah kualiti mereka sebagai seorang manusia hanyalah bergantung terhadap keadaan alat sulit mereka. Sejujurnya, ianya sangat mengecewakan kerana mitos pendek akal ini masih menjadi pegangan yang kuat dalam kalangan masyarakat mahupun lelaki atau wanita.
Tahukah anda bahawa otot faraj tidak akan mengembang secara kekal tidak kira berapa kerap anda melakukan hubungan seksual? Seperti otot lain, ianya akan kembali ke bentuk asal selepas diregangkan.

Jadi, penulis seru pembaca-pembaca untuk berlapang dada untuk menerima fakta ini dan membuang mitos kuno yang terpahat dalam fikiran anda. Walau bagaimanapun, kelonggaran faraj boleh berlaku oleh sebab-sebab lain dan semestinya bukan disebabkan oleh kekerapan seks.

Sebab-sebab kelonggaran faraj

Pada tahap ini, kita sudah tahu bahawa hubungan seksual tidak memberi kesan terhadap saiz miss v anda. Di bawah adalah perkara logik dan sudah dikaji selidik yang menyebabkan kelonggaran faraj.

1. Kelahiran bayi

Tahukah anda bahawa 58% daripada wanita-wanita yang telah kehilangan keanjalan miss v mereka kerana melahirkan anak? Proses melahirkan bayi yang memerlukan otot faraj untuk meregang secara maksima boleh menyebabkan saiz miss v anda berubah selama-lamanya tanpa rawatan. Sindrom ini dikenali sebagai sindrom kelonggaran vagina atau Vaginal Relaxation Syndrome (VRS).

2. Tanda-tanda penuaan

Salah satu tanda bahawa anda sudah lanjut usia ialah kelonggaran miss v. Ini kerana secara semula jadinya, manusia akan kekurangan kolagen dalam badan seiring dengan pelanjutan usia kita seterusnya akan menyebabkan kebanyakan otot dan kulit di tubuh badan kita tidak anjal seperti dahulu kala lagi.

Terutamanya bagi wanita, apabila anda sudah mengalami menopaus, tahap estrogen dalam badan akan berkurangan dan ini akan menyebabkan kekeringan dan kenipisan dinding miss v anda.

3 cara mengetahui miss v longgar

Setelah kami menghuraikan faktor penyebab miss v longgar, mungkin anda masih tidak pasti sama ada anda mengalami masalah ini atau tidak. Untuk pengetahuan anda, kelonggaran miss v ini boleh berlaku kepada wanita dalam setiap peringkat umur sebenarnya. Cuma, kelahiran bayi dan penuaan adalah faktor yang paling besar.
Jadi, cara-cara mengenal pasti sekiranya anda mengalami kelonggaran miss v akan kami beritahu di bawah.

1. Anda susah mencapai klimaks sewaktu hubungan seksual

Sekiranya aktiviti intim anda bersama pasangan dan kedudukan yang selalu memberikan anda kepuasan seksual tidak lagi dapat dirasai atau berfungsi, ini mungkin menandakan miss v anda longgar. Ini kerana anda kurang merasakan sensasi yang diperoleh dari cengkaman otot faraj ke atas zakar pasangan anda apabila miss anda sudah tidak ketat.

2. Pembukaan faraj anda mudah dimasukkan objek

Salah satu cara paling mudah untuk mengenal pasti akan kelonggaran faraj ialah apabila anda memasukkan sesuatu seperti jari atau zakar, anda tidak akan terkesan. Maksud penulis ialah anda tidak akan merasai sensasi ataupun cengkaman sedikit dari otot faraj anda apabila objek dimasukkan.

3. Sukar mengawal kencing

Kesukaran mengawal kencing yang mana salah satu sebabnya adalah kelonggaran faraj ini dipanggil inkontinen urin. Sebanyak 30% wanita di Malaysia mengalami masalah ini.
Keadaan ini berlaku kerana otot pelvik yang menyokong pundi kencing anda tidak lagi kuat atau ketat dalam mengawal organ tersebut. Hasilnya, anda akan susah untuk mengawal kencing kerana apabila anda terbatuk atau memberikan otot pelvik anda terlebih tekanan walaupun ketawa, air kencing akan mudah untuk terkeluar.

Wasap Hana Beli Skrg

Apa yang boleh anda lakukan?

Selain pembedahan vagina, kami telah menulis artikel lain secara mendalam tentang cara-cara selamat untuk ketatkan faraj selepas bersalin terutamanya dan boleh diamalkan oleh wanita-wanita yang mengalami masalah kelonggaran faraj atas sebab selain melahirkan bayi juga. Di bawah kami akan huraikan secara pendek tentang solusi masalah ini.

References

 

PK24 Advanced

NEW TO
PK24 ADVANCED ?

We have an EXCLUSIVE coupon code for your FIRST purchase.