Tumbuhan herba kacip fatimah sememangnya hebat dalam membantu sistem pembiakan wanita dan kesihatan secara menyeluruh. Namun, sekiranya anda ingin ketahui sekiranya ada atau tidak produk yang mampu menandingi kebaikan yang ditawarkan oleh kacip fatimah dalam merapatkan otot faraj dan menaikkan nafsu serta keyakinan diri anda selepas bersalin atau menopaus?
Jawapannya ialah ya. Kami perkenalkan kepada anda krim PK24!
PK24 Advanced firming cream adalah krim khas untuk miss v yang mana keberkesanan dan keunggulannya telah dirasai oleh lebih daripada 1 juta pengguna seluruh dunia! Ianya diciptakan khas untuk membantu wanita-wanita secara global yang mengalami kelonggaran otot faraj yang berpunca daripada usia, kelahiran bayi dan penyakit.
(sumber: shopee )
Anda tak perlu lagi mengambil pil-pil yang mendakwa akan merapatkan dinding miss v anda kerana dengan PK24 Advanced, anda hanya perlu sapukan produk ni dalam saluran miss v anda! Takda kesan sampingan ataupun bahan-bahan yang berbahaya.
Baca di sini lebih lanjut tentang PK24 Advanced di Produk Ketatkan Faraj Paling Berkesan.
Kacip fatimah yang juga dikenali sebagai “Selusuh Fatimah” tidak lagi asing didengari dalam penjagaan dalaman tubuh badan para wanita dan juga lelaki walaupun Tongkat Ali adalah “versi lelaki”nya. Sekiranya anda belum tahu macam mana bentuk kacip fatimah ni, sila lihat imej di bawah.
(sumber: wikipedia)
Ianya sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional yang mana pesakit akan meminum air rebusan tumbuhan ni untuk mengetatkan miss v dan meningkatkan atau mengembalikan libido iaitu nafsu syahwat.
Pada zaman sekarang, ianya masih available dalam bentuk minuman bertin, ubat-ubatan dan sebagainya dipasaran. Sebagai contoh, minuman Kacip Fatimah Orang Kampung memang digemari oleh bukan sahaja wanita-wanita yang sudah berusia malah para wanita seawal 20-an juga sukakan ia sebagai sumber tambahan untuk tenaga.
Tambahan lagi, kacip fatimah ni khasiatnya memang sudah terbukti menurut penyelidikan yang memakan masa lebih 5 tahun oleh Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar dari Universiti Putra Malaysia (UPM). (Oo, n.d.)
Jadi, anda tak perlu berasa sangsi terhadap penggunaan kacip fatimah ni sama ada ianya gimik atau tidak dan kita boleh terus melihat kebaikan-kebaikannya pada tubuh badan anda.
Untuk pengetahuan anda, kacip fatimah ni baik diamalkan untuk kesihatan dan kesejahteraan dalaman walaupun anda masih belum mempunyai perancangan untuk berkeluarga. Ia sebenarnya boleh juga dimanfaatkan oleh para lelaki. Antara kebaikan-kebaikannya secara menyeluruh bagi lelaki dan wanita adalah:
Wah, hebat bukan kacip fatimah ni? Bolehlah para lelaki mula mengamalkannya! Baiklah, tanpa berlengah lagi, di bawah adalah manfaat-manfaat kacip fatimah untuk semua wanita.
(sumber: doctoroncall )
Senggugut pasti akan dialami oleh hampir kesemua wanita yang sudah akhil baligh dan 10% daripadanya pula akan mengalami kram atau senggugut yang teruk sewaktu datang bulan. Salah satu penyebabnya adalah kerana peredaran haid anda tidak berjalan dengan lancar. (Zulkifli, 2018)
Kacip fatimah juga berfungsi untuk menyeimbangi hormon dan apabila anda mengamalkan tumbuhan herba ini, ianya akan membantu tubuh anda untuk merangsang estrogen yang mampu melancarkan pengeluaran darah. Jadi, apabila peredaran darah anda berjalan lancar, masalah senggugut pun akan berkurangan! (KR, 2020)
(sumber: theasianparent )
Bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, kacip fatimah mampu memulihkan saluran, dan tisu miss v anda dengan komponen yang terkandung dalam tumbuhan ini iaitu Fitoestrogen. Bukan sahaja pada faraj, ianya juga akan menyembuhkan bahagian dalaman perut anda. Selain itu, kelahiran bayi juga tidak dinafikan akan membuatkan otot faraj anda terasa longgar, dan penulis tahu hal ini merisaukan serta memberi efek terhadap keyakinan diri pada kebanyakan para ibu.
Walaupun pasangan anda supportive dan tak memberi komen apa-apa sekali pun tentang perubahan keadaan faraj anda, kalau perasaan tidak yakin dah tertimbul dalam kepada, maka hanya diri anda sahaja yang mampu menyelesaikan kerunsingan ini.
Jadi, kewujudan kacip fatimah ni perlu dimanfaatkan kerana selain menyembuh dan menguatkan otot, ianya mampu menyempitkan dan merapatkan kembali ruang miss v anda!
Baca artikel di sini juga tentang cara ketatkan faraj.
(sumber: thepleasurecollective )
Secara semula jadinya, selepas kelahiran bayi anda akan mengalami perubahan hormon dan fizikal. Kekurangan nafsu syahwat secara drastik adalah salah satu daripada perubahan-perubahan tersebut untuk sementara waktu.
Menurut doktor-doktor, ianya normal dan akan berpanjangan sehingga lebih daripada 6 minggu kerana badan anda pun sedang dalam proses pemulihan. Namun, ketandusan nafsu dan kekeringan faraj ini boleh berpanjangan lebih-lebih lagi anda menyusukan bayi (menyusukan bayi akan mengekalkan tahap estrogen rendah).
Usah khuatir jika anda ingin kembali aktif dalam aktiviti seksual bersama pasangan, anda boleh amalkan pengambilan kacip fatimah dalam bentuk pil, minuman atau air rebusannya kerana ianya mampu menaikkan keinginan anda terhadap aktiviti intim secara semulajadi dengan meningkatkan tahap estrogen. Kesakitan semasa hubungan intim juga dapat dikurangkan kerana kadar estrogen yang meningkatkan akan membantu melembapkan kawasan faraj anda. Sekali gus, hubungan intim anda bersama pasangan akan jadi lebih memuaskan. (Aziz, n.d.)
Baca artikel ini sekiranya anda ingin tahu tentang tanda miss v ketat.