Kadangkala, ada para wanita yang berfikir bahawa mereka tidak normal kerana bentuk miss v mereka berbeza dengan apa yang mereka lihat di mana-mana sumber yang ada. Jadi bagi mereka yang mempunyai contohnya, jenis miss v yang berjuntai mungkin terdesak ingin mencari cara tegangkan bibir miss v nya sedangkan bibir miss v atau nama saintifiknya, labia majora atau labia minora mereka sebenarnya adalah normal.
Tanpa pengetahuan ini, anda sendiri mungkin akan mengalami masalah keyakinan diri kerana berasa dirimu asing. Jangan risau, setiap wanita diciptakan berbeza dan itu adalah sesuatu yang indah.
Selepas penulis membaca satu buku yang bertajuk The Sexual Practices of Quodoushka oleh Amara Charles, ia banyak memberi informasi yang jarang dapat dicari secara terbuka tentang seksualiti wanita selain dari fakta-fakta saintifik.
Baca artikel di sini juga tentang kebaikan manjakani dan kacip fatimah.
Sebelum penulis senaraikan jenis-jenisnya, labia majora adalah bahagian permukaan bibir miss v anda sementara labia minora adalah bibir miss v yang menuju ke dalam faraj. Baiklah, mari kita mengenali dengan lebih lanjut tentang anatomi wanita ini. Cari produk ketatkan faraj paling berkesan? Mestilah PK24 Advanced.
Bagi mengenali sesuatu bentuk anatomi seksual wanita secara luaran, anda perlu lihat;
Apabila bibir miss v kecil anda di kiri atau kanan lebih pendek atau panjang dari yang lain, ini bermakna ianya berbentuk Labia Minora Tidak Simetri. Ini adalah agak biasa dimiliki oleh para wanita.
Miss v luaran atau labia majora anda akan kelihatan seperti magnet berbentuk ‘U’ yang terbalik. Biasanya bentuk ini akan mendedah bahagian labia minora dan lengkungan bibir miss v luaran itu adalah sekata.
Ini akan membuatkan bibir miss v dalaman anda kelihatan sedikit lebih panjang atau terkeluar dari labia majora anda. Tetapi setiap individu akan mempunyai kepanjangan yang berbeza cuma ianya tidak terlalu obvious.
Bertentangan dengan labia minora yang menonjol, bibir miss v luaran anda akan melitupi vulva anda. Contohnya, labia majora anda akan kelihatan antara gebu dan tembam, atau pun tipis dan panjang.
Jenis miss v dalaman ini akan kelihatan yang sangat jelas panjang dan berjuntai melebihi labia majora. Malahan, bagi sesetengah wanita, labia minora jenis ini akan terserlah dengan jelas bentuk lipatannya melalui seluar dalam. Kepanjangannya boleh mencecah 1 inci.
Ini adalah jenis bibir miss v luaran yang panjang dan lebih kepada kendur. Oleh kerana ianya panjang dan jiggly, berkemungkinan besar lipatan miss v anda boleh kelihatan berjuntai dari seluar dalam.
Labia majora anda leper atau flat serta bersandar atas tulang pubis anda. Ianya mempunyai sedikit jarak dan terlihat labia minora anda.
Bibir miss v luaran jenis ini tidak berjarak dan rapat, bermakna ianya menutupi bahagian labia minora dengan penuh. Menurut penulis yang telah disemak oleh seorang doctor, Annamarya Scaccia, labia jenis ini sering dijumpai dalam media hiburan dewasa seperti pornografi. Namun, labia jenis ini adalah yang paling tidak banyak dimiliki oleh wanita-wanita sedunia.
Bentuk bibir miss v ini adalah seimbang antara kedua-dua labia minora dan majora dalam saiz mereka. Labia minora itu terkelihatan bukan kerana ianya terjuntai, tetapi ianya terkelihatan kerana lipatan bibir miss v dalaman itu bersandar atau tertarik ke bahagian masing-masing sama ada kiri atau kanan.
Untuk pengetahuan anda, menurut dalam satu kajian yang melibatkan 244 wanita, 1 daripada 10 daripada mereka mempunyai labia minora yang bersaiz sekurang-kurangnya 26.5 mm kelebarannya. 86.5% daripada mereka menganggap mereka mempunyai labia yang normal. Manakala, bagi mereka yang menganggap labia mereka tidak normal, 73.3% daripada mereka mempunyai bibir miss v dalaman ataupun labia minora yang jelas.
Ini bermakna, kebanyakan wanita-wanita yang mempunyai tanggapan bahawa bibir miss v mereka tidak normal adalah dari kalangan mereka yang mempunyai labia minora yang jelas.
Baiklah, setelah penulis bercerita tentang bentuk-bentuk bibir miss v, kita akan beralih sedikit kepada cara-cara untuk menegangkan labia. Bagi mereka yang memang pasti akan perubahan bibir miss v anda dari bentuk semulajadi dan sudah mendapatkan diagnosis doktor ginekologi anda, di bawah adalah antara rawatan atau produk yang boleh anda try.
Labiaplasty adalah prosedur pembedahan yang dijalankan oleh doctor bagi mengecilkan saiz labia minora. Antara sebab-sebab kebanyakan wanita memilih prosedur ini adalah untuk menyeimbangkan saiz labia minora dan labia majora. Selain itu, faktor lain yang terlibat adalah untuk kepuasan seksual, menegangkan bibir faraj yang sudah kendur akibat melahirkan bayi ataupun pelanjutan usia.
Prosedur ini dilakukan bagi memenuhi kedua-dua kehendak cosmetic dan kesihatan.
Kedua-dua ini adalah prosedur yang selamat dan tanpa pembedahan. Prosedur ini selalunya dilakukan oleh pakar aestetik, dan pembantu jururawat yang bertauliah dan dipantau oleh doktor pembedahan plastik.
Kaedah rawatan ini hanya memerlukan krim anesthesia bagi kawasan labia, dan tiada ubat-ubatan yang perlu diambil setelah selesai prosedur ini. Rawatan ini dijalankan dengan memberi haba ke atas tisu labia anda dengan menggunakan alatan yang diperlukan.
Hasil ketegangan bibir miss v boleh dilihat selepas 1 bulan, kerana penghabaan tisu boleh menjejaskan pengeluaran kolajen. Manakala rawatan melalui frekuensi radio pula, anda boleh melihat keberkesanannya dengan serta merta.
PK24 Advanced firming cream ini adalah satu-satunya krim feminin wanita yang sudah diuji secara klinikal dan terbukti keberkesanannya. Ianya dirumus khas untuk mengembalikan keyakinan, keghairahan dan kegembiraan wanita tanpa bahan-bahan yang berbahaya. Tengok cara untuk ketatkan miss v supaya anda boleh jimat masa atas research secara online.
Selain bertindak sebagai perangsang pengeluaran cecair ‘pelincir’ semulajadi wanita bagi mereka yang mengalami kekeringan faraj, ia juga berfungsi dalam pengetatkan dinding miss v anda bagi mereka yang mengalami kelonggaran miss v setelah melahirkan anak, perubahan hormon ataupun peningkatan usia seperti menopause.
Sekiranya anda tidak mahu menjalani pembedahan ataupun mengeluarkan modal yang banyak untuk pelaburan miss v anda, tetapi anda mahu melihat dan merasai keberkesanannya, penulis recommend anda untuk menggunakan produk ini.
Anda hanya perlu membuat sapuan di permukaan bibir miss v anda menggunakan satu pump sahaja dan boleh digunakan 2 kali dalam 24 jam.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk yang mujarab ini, sila baca artikel produk ketatkan faraj yang paling berkesan.